Bergendang

Bergendang ialah khazanah budaya dan kesenian yang dipusakai masyarakat Melayu Sarawak daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Aktiviti unik ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang-benderang.

Tidak dinafikan tujuan utama majlis ini dilangsungkan adalah untuk bersuka ria. Sambil bersuka ria, secara tidak langsung majlis ini juga menjadi temasya muda-mudi mencari pasangan. Pada temasya ini, mereka dapat mengenali dengan jarak dekat gadis dan jejaka idaman mereka-apatah lagi pada zaman dahulu, anak-anak gadis jarang keluar rumah. Secara tradisi, apabila berkenan, pihak lelaki akan menyusul pula dengan majlis merisik dan meminang.

Bergendang lazimnya diadakan pada masa-masa tertentu. Bergendang selepas kenduri Majlis bergendang selalunya diadakan pada waktu malam setiap kali selepas kenduri doa selamat, bercukur rambut, pindah ke rumah baru, berkhatan, lawatan menantu baru, mendapat laba atau anak baru dan menerima tetamu baru. Apabila majlis doa selamat atau berzikir diadakan pada siangnya, lazimnya yang terlibat ialah orang tua-tua. Hanya segelintir muda-mudi yang terlibat. Untuk bersikap adil, majlis bergendang diadakan pada sebelah malamnya, khusus bagi muda-mudi. Ia juga diadakan untuk melepaskan rasa letih dan tegang setelah bertungkus-Iumus mengendalikan majlis kenduri pada siangnya.

Bergendang selepas kanak-kanak berkhatan Pada zaman dahulu, majlis berkhatan diadakan secara besar-besaran seperti majlis perkahwinan. Pelamin dibina dan pukulan hadrah berkumandang. Kanak-kanak yang akan berkhatan dihias seperti pengantin dan diarak keliling kampung. Kanak-kanak tadi “disandingkan” di atas pelamin dan ditepung tawar. Majlis berzikir atau doa selamat diadakan.






0 comments:

Pasar Tani Pekan Baling

JIKA anda singgah di Pekan Baling, kunjungan anda tidak akan bermakna jika tidak mengunjungi Pasar Tani. Terdapat lebih 50 buah gerai dibuka dari pukul 7 pagi hingga pukul 12 tengah hari. Antara barang-barang yang boleh ditemui di pasar lambak tersebut ialah pakaian, beg, kasut, buku, majalah, pinggan mangkuk, barangan tembikar dan tembaga, lampu, kipas angin, telefon, wayar, tayar, aksesori kereta dan seterika arang.

Selepas membeli-belah di sini, pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman di beberapa restoran dan gerai berhampiran yang menjadi tumpuan pengunjung. Barangan yang dijual di sini lebih murah berbanding dengan barangan yang dijual di pusat membeli-belah di negeri ini. Pasar Tani ini telah wujud sejak 25 Jun 1986 merupakan kawasan yang mudah dikunjungi kerana terletak di tengah-tengah Pekan Baling.













Lagi gambar KLIK SINI.

0 comments:

Taman Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling





"Destinasi Popular di Utara Semenanjung Malaysia "

Para pengunjung akan dapat merasai sendiri nikmat khasiat berendam di dalam air panas semulajadi sama ada dengan berenang di kolam yang disediakan atau sekadar merendam kaki dengan suasana kedamaian dikelilingi bukit bukau. Selain dari itu pengalaman meredah hutan dengan melalui denai-denai dan merentas kesejukan jeram air Lata Gading dan Lata Parit serta dikelilingi kehijauan alam semulajadi Hutan Simpan Ulu Muda yang pasti akan menguji kekuatan mental dan fizikal anda.

Satu-satunya Pusat Rekreasi Air Panas yang beroperasi 24 jam di Malaysia dengan kemudahan penginapan yang terbaik dalam mempertingkatkan pertumbuhan industri pelancongan tempatan yang disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Dengan kemudahan penginapan yang selesa serta aktiviti "jungle traking" bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak, Pusat Rekreasi Air Panas Legong merupakan pilihan yang tepat sebagai destinasi percutian.

ANTARA PUSAT DESTINASI PELANCONGAN YANG BERHAMPIRAN:

  1. Air Terjun Lata Bayu, Asam Jawa
  2. Air Terjun Lata Bukit Hijau
  3. Celak Waterfall, Kampung Iboi
  4. Gua Batu Kapur
  5. Gunung Baling
  6. Pemandangan Indah R&R Gunung Inas


Untuk Keterangan lanjut email: mdbaling@mdbaling.gov.my
PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG
09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN

Telefon : 04-4731024

0 comments:

Lata Bayu



Baling sebagai daerah yang kaya dengan hutan lipur menyegarkan, bukanlah asing bagi para pengunjungnya untuk bersantai dan berehat.

Antara kawasan rekreasi popular untuk beriadah bersama ahli keluarga adalah Hutan Lipur Lata Bayu, Asam Jawa yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Pekan Baling.

Ia menjadi pilihan ramai kerana persekitarannya nyaman selain dipenuhi pepohon hijau manakala air sungainya pula bersih, sejuk dan menyegarkan untuk mandi manda selain air terjun mendatar yang pasti menggamit perhatian pengunjung untuk merehatkan minda.

Di sebalik hutan tebal di pesisiran yang kaya dengan alam hutan menarik dan mendamaikan, Hutan Lipur Lata Bayu bagaimanapun pada dua tahun lalu pernah menjadi suram ekoran diisytiharkan sebagai kawasan dipercayai dijangkiti virus kencing tikus.

Ekoran masalah itu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan agar kawasan itu ditutup selama enam bulan untuk tujuan pembersihan dan jangkitan itu telah menimbulkan ketakutan kepada kebanyakan penduduk dan para pengunjung untuk beriadah.

Bagaimanapun, selepas pembersihan dijalankan kawasan itu kini disahkan oleh kementerian sebagai bebas daripada virus tersebut.

Walaupun keadaan telah pulih seperti sedia kala, masih terdapat anggota masyarakat yang takut dan ragu-ragu untuk berkunjung ke kawasan rekreasi itu dan ia berlarutan sehingga hampir setahun dari tarikh ia ditutup.

Dalam tempoh itu, kawasan peranginan yang pernah mencatatkan kunjungan lebih 2,000 pengunjung sehari pada musim cuti, terus menjadi sepi hingga memberi kesan kepada peniaga-peniaga di kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, kini Lata Bayu telah berubah wajah setelah masyarakat semakin melupakan kejadian dua tahun lalu selain yakin kebersihan di kawasan tempat peranginan ini.

Inisiatif Jabatan Perhutanan yang menyediakan kemudahan letak kereta, bilik persalinan, gerai makanan dan pondok yang lebih selesa menjadikan Lata Bayu kembali meriah seperti dahulu.

Kedudukan Lata Bayu juga adalah strategik dan mudah untuk dikunjungi kerana ia terletak di tengah-tengah laluan perjalanan merentasi daerah ini dari pelbagai arah.

Contohnya, pelancong yang datang dari Sungai Petani boleh menggunakan jalan Kuala Ketil menuju ke Jalan Teloi Kanan dan terus Ke Parit Panjang dan Asam Jawa sehinggalah sampai ke destinasi Hutan Lipur Lata Bayu dengan mengambil masa selama 30 minit dari Kuala Ketil.

Pengunjung yang menggunakan Jalan Kuala Ketil Kupang pula boleh singgah di Batu 42 pusat beli belah Billion untuk membeli barangan keperluan sebelum ke simpang kiri ke Asam Jawa dan terus ke Hutan Lipur Lata Bayu dengan mengambil masa selama 45 minit.

Selain itu, mereka yang datang dari Gerik dan Pengkalan Hulu, Perak pula boleh melalui Pekan Baling menuju ke Batu 42, Pulai ke Jalan Sungai Limau terus Ke Asam Jawa dan menuju Hutan Lipur Lata Bayu dengan mengambil masa perjalanan selama 15 minit dari Pekan Baling.

Orang ramai dari Kulim pula boleh menggunakan lebuh raya menuju ke Pekan Kupang dan masuk persimpangan kiri sebelum ke Kompleks Rakan Muda melalui Jalan Sungai Limau terus ke Lata Bayu Asam Jawa dengan perjalanan dari Pekan Kupang mengambil masa selama 20 minit.

Sumber : Utusan Online.


0 comments:

Menara Jam Baling



Menara Jam Baling ini juga dikenali sebagai Balai Jam Merdeka telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada hari Rabu 25 Februari 1959 bersamaan 17 Syaaban 1378. Manakala batu asasnya telah disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Ogos 1957. Pegawai Jajahan Baling pada ketika itu ialah Wan Annuar bin Wan Ishak. Menara ini dibina sebagai persiapan menyambut hari kemerdekaan Tanah Melayu. Kini jam tersebut dilihat sebagai simbol kemerdekaan yang terdapat di daerah Baling.

0 comments:

Gunung Inas, Baling



Panorama di atas puncak bukit Gunung Inas Baling.

0 comments:

Kompleks Bebas Cukai Betong




Kawasan membeli-belah yang bebas cukai, Dari makanan sehinggalah cenderahati yang boleh dibeli disini untuk kenang-kenangan.

0 comments:

Gunung Baling



Pemandangan Gunung Baling. Ia terletak di tengah-tengah pekan Baling. Di pinggir pekan Baling terdapat gunung batu yang dikenali dengan nama Gunung Baling. Di sebelah belakang gunung itu terdapat beberapa buah kampung. Antara kampung-kampung itu adalah Kampung Padang Cik Mas, Kampung Sekolah, Kampung Seberang, Kampung Charok Bakong dan Kampung Becah Tok Bulan.

0 comments: